Siswi USM dikhuatiri lemas
| |
GEORGETOWN: Kegembiraan seorang mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berkelah bersama keluarga tunangnya bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas di pantai Teluk Bahang di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila Najmah Nor Ismail, 21, pelajar tahun akhir Sains dan Pendidikan USM dan berasal dari Kajang, Selangor menaiki jetski bersama tunangnya, Mohd Zulkhary Haris, 27, serta adik perempuan tunangnya, Puteri Shamil Nabila Haris, 10.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga mereka menaiki jetski yang dipercayai dibawa keluarga Mohd Zulkhary yang datang bercuti ke negeri ini sejak kelmarin.
Beliau berkata, mereka menetap di sebuah banglo sewa berdekatan pantai sebelum Najmah bersama Mohd Zukhary serta Puteri Shamil turun ke laut untuk bermain jetski.Katanya, ketika di tengah laut, jetski dipandu Mohd Zulkhary hilang kawalan sebelum terbalik menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh ke dalam laut.
“Mohd Zulkhary berjaya memaut Puteri Shamil Nabila, namun gagal menyelamatkan Najmah sebelum dipercayai tenggelam ke dalam laut biarpun berusaha mencarinya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Jurucakap polis berkata, sepasukan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) kemudian bergegas ke tempat kejadian.
Beliau berkata, sepasukan anggota Polis Marin Wilayah Utara bersama anggota unit selam turut membantu kerja menyelamat bermula dari jam 1 tengah hari hingga 7 malam semalam tetapi gagal menemui mangsa.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat dihentikan selepas usaha mencari lebih tujuh jam gagal menemui mangsa dan operasi menyelamat akan disambung semula pada hari ini.
Sementara itu, seorang keluarga Mohd Zukhary yang enggan dikenali memberitahu mereka datang bercuti membabitkan tiga keluarga dari Taman Teknologi Kajang, Selangor.
Menurutnya, mereka menyewa sebuah banglo dan beberapa ahli keluarga tidak mengetahui kejadian itu berlaku dan ia mengejutkan semua pihak.
“Kami tidak menyangka kejadian ini berlaku dan Puteri Shamil Nabila yang berjaya diselamatkan sudah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Usaha Harian Metro untuk menemubual Mohd Zulkhary mengenai kejadian itu gagal apabila dia terlalu sedih ketika ditemui di banglo berkenaan.
Difahamkan, keluarga Najmah yang menetap di Kajang sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan dipercayai dalam perjalanan ke Pulau Pinang.
heR body was fOund yesTErday. She Was my ex scHoolMate in mrsM n duriNg my eLemenTAry school.A sHockIng n tragIc news fOr me since she was sUmbody i knew, but never gt a chance to know her dat much, condolences to her fam, silence n prayers.
May she rest in peace.
0 comments:
Post a Comment